Vida jatuh sakit, Iqbal Zulkefli jawab tuduhan calit minyak dagu


Vida jatuh sakit, Iqbal Zulkefli jawab tuduhan calit minyak dagu

Menerusi satu video di TikTok milik seorang pembantunya dikenali sebagai Aniq, usahawan berusia 50 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi roda dalam keadaan lemah sambil ditolak oleh anak perempuannya Cik B.

Sehari selepas program nyanyian Big Stage melabuhkan tirainya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dikhabarkan terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat kurang sihat.

“Terima kasih yang mendoakan DSV” – Aniq

Ini kerana Iqbal yang juga bekas pemandu peribadi (PA) Vida dilihat menegur ketika usahawan itu duduk di kerusi sebaris dengan juri pada malam konsert akhir program tersebut.

Meskipun @aniqhsr menjelaskan bahawa majikannya itu mengalami sakit perut dan berasa ingin pitam, namun segelintir netizen membuat tuduhan apabila mengaitkan kesakitan Vida dengan penyanyi Iqbal Zulkefli.

‘Sweet’ tak mereka?

Lebih mengejutkan apabila segelintir netizen mendakwa Iqbal telah melakukan perbuatan khurafat dengan mencalitkan ‘minyak dagu’ ke arah ibu tunggal dua cahaya mata itu.

Tak baik fitnah, tapi?

Aku je ke fikir dia calit sesuatu?

Iqbal tu macam sesuatu je?

“Motif kau nak pegang” – Aniq

Tidak membiarkan orang ramai terus menuduhnya, Iqbal yang juga penyanyi lagu Hujan itu hanya mampu ketawa selain menganggap dakwaan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Iqbal berkata, tindakan dia menegur Vida ketika itu hanya untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berhubung serta bertemu antara satu sama lain selepas dirinya berhijrah ke Indonesia.

Rasa nak marah, tapi kena sabar

Bangga ke fitnah orang?

Hidup tak dapat berkat…

Lima bulan tak jumpa

Sumber: TikTok @aniqhsr & @dirafdias33 , Instagram Iqbal Zulkefli