Masa nk beranak suami kata kat kmpg rupanye tidak,Tp suami tak izinkan anak bin kan nama dia”Sya kahwin jdi isteri ke “
Masa nk beranak suami kata kat kmpg rupanye tidak,Tp suami tak izinkan anak bin kan nama dia”Sya kahwin jdi isteri ke “
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hidekan fb saya ye. Saya mengenali suami melalui kawan.
Perkenalan singkat buatkan kami ada perasaan dan kami berkahwin dalam diam tanpa pengetahuan isteri pertama.
Hanya keluarga saya yang tahu tentang perkahwinan kami dan episod perubahan suami bermula bila saya mengandung.
Dia tiba–tiba berubah. Saya ditinggalkan tanpa sebab dan tanpa nafkah dan tidak dilayan dengan seadilnya sebagai seorang isteri.
Saya masih bersabar dan menunggu hingga la kandungan membesar dan sarat. Saya dibiarkan tanpa nafkah dan perhatian dengan alasan PKP, dia tidak dapat balik tengok keadaan saya.
Saya masih sabar. Segalanya saya yang buat sendiri, baik pergi checkup hingga la sampai masa untuk bersalin.
Saya cuba hubungi dia bertanya khabar dia dalam masa yang sama mohon maaf dan minta doakan saya dipermudahkan untuk bersalin.
Dia mintak maaf tak dapat balik teman saya atau hantar saya dengan alasan masih di kampung isteri pertama dan PKP yang ketat.
Tapi ditakdirkan Allah, doktor bagi kata putvs untuk saya masuk hospitaI awal untuk dip4ksa bersalin kerana risik0 kencing manis yang tinggi.
Dalam keadaan yang kelam kabut bila tahu kena tahan, saya keluar cari barang baby yang belum ada naik moto sorang diri.
Allah nak tunjuk pada saya, saya ternampak dia dalam kereta dengan keluarga dia, dekat traffic light.
Saya duduk betul–betul sebeIah kereta dia. Saat tu air mata saya jatuh sebab dia baru bagitahu saya yang dia di kampung lagi tak dapat balik.
Hati terlalu sedih, saya menangis tanpa henti sepanjang saya bawak moto. Anak seakan memahami perasaan saya, dia men3ndang dalam perut sedarkan saya dari terus sedih.
Sampai je rumah, saya terus packing baju. Saya gigihkn diri ambik grab ke hospitaI untuk ditahan.
Keesokan pagi saya dip4ksa beranak dengan dimasukkan ubat. Alhamdullilah hanya 3 jam s4kit, Allah permudahkan segalanya.
Dalam separuh sedar saya mesej suami bagitahu selamat bersalin dan jantina anak kami. Saya terus tak sedar diri akibat kesan ubat bius.
Keesokan petang baru saya sedar dan tahu anak ditahan di ICU sebab dalam pantuan doktor akibat jantung lemah.
Maka 10 hari la saya berkampung di hospitaI dengan anak ada masalah kuning lagi. Suami hanya datang jenguk untuk azankan anak dan terus balik.
Alhamdulillah kami dibenarkan balik rumah dan saya masih sendiri. Saya ambil grab je balik dari hospitaI.
Bermula episod air mata di mana anak tidak dapat dibinkan suami sebab kami tidak daftarkan perkahwinan.
Alhamdulillah walau tak boleh tapi proses buat mykid Allah permudahkan.
Dalam saat macam ni pun suami tak habis–habis ingatkan saya jangan babitkan dia atau letak nama dia dalam surat beranak. Alasan tak nak isteri dia tahu atau orang luar tahu.
Dugaan saya membesarkan anak sendiri. Habis berpantang terus saya kerja demi sesuap nasi dan susu pampers anak.
Berbekalkan gaji RM40 sehari sebagai pembantu saya besarkan anak, bayar sewa rumah dan bayar pengasuh, tanpa sesen pun nafkah dari dia.
Kini dah hampir 2 tahun berlalu tetap sama nafkah untuk anak takde. Alasannya tidak dapat berkerja masa PKP. Saya ibarat g4ntung tak bertali tanpa nafkah dan segalanya.
Dipesan banyak kali untuk rahsiakan perkahwinan kami dan anak kami dari orang sampai bila–bila.
Setiap kali tengok wajah anak, hati saya sebak membesar tanpa ayah di sisi. Tiada keadilan untuk saya dan anak. Kami ditinggalkan tanpa rasa bersalah.
Setiap kali berg4duh besar suami sering mengugvt nak ambik anak dari saya dengan alasan saya tidak layak dan dia layak dapat hak jagaan anak.
Dia mengugvt untuk guna lawyer family dia untuk dapatkan anak. Sedangkan dia m4ti–m4ti tak nak mengaku pada orang ni anak dia dan saya isterinya.
Dia jugak mengugvt akan h4ncurkn hidup saya andai family dia tahu pasal saya dan anak.
Dia tidak teragak–agak nak buat report polis dengan alasan saya mengganggu dia. 2 tahun kami bersama hanya air mata peneman saya dan anak. Perkahwinan yang mengharapkan bahagia membawa d3rita pada saya dan anak.
Mungkin ini hukvman pada saya akibat ambik suami orang. Semoga Allah terus berikan kekuatan pada saya dan anak untuk hidup..
Saya hanya menumpang untuk merasa bahagia tapi bahagia bukan milik saya, saya redha.
Awak, 2 tahun lebih kita bersama, dah ada anak dan saya masih bernama isteri yang ternanti–nanti kebahagian dari awak.
Andai awak betul–betul tak perlukan saya, lepaskan cara baik. Agar saya dan anak dapat mencari bahagia sendiri.
Dulu awak yang bersungguh inginkan saya, jadi tolong jangan terus menghukvm jiwa saya tanpa bertali.
Doa saya pada awak, semoga Allah permudahkan urusan dunia akhir4t awak dan semoga Allah Iindungi awak sekeluarga, berbahagia dan Iimpahkn rezeki.
Semoga Allah bukakan hati awak untuk lepaskan saya dengan baik suatu hari nanti. Aku hanya isteri di atas nama dan kertas. Mencari kebahagian yang diredhai.